Tumpuan :
Nasional

Identiti dua wanita terbunuh dikenal pasti

Oleh Fazli Ahmad

PEKAN: Polis mengesahkan dua wanita maut dalam kemalangan di Kilometer 55, Jalan Pekan – Rompin di Merchong, dekat sini jam 8:30 pagi tadi adalah kakitangan Jabatan Perangkaan Pahang.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata mangsa terkorban dalam nahas itu ialah pemandu Perodua Myvi, Ruzana Mohamad Agin, 50, serta penumpang Suhaizan Abdullah, 41.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas kereta dipandu Ruzana dari arah Pekan ke Rompin terbabas selepas melalui selekoh jalan kerana laluan terbabit licin selepas hujan.

“Selepas melalui selekoh, Perodua Myvi itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori datang dari arah bertentangan,”

“Akibat kemalangan itu pemandu dan penumpang Perodua Myvi terbabit tersepit dalam kenderaan dan meninggal di tempat kejadian.” katanya dalam kenyataan media di sini.

Katanya, pemandu lori, Zainudin Omar Othman, 44, tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk dibedah siasat dan kemalangan itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara merbahaya dan menyebabkan kematian.

Loading...
Terkini