SHAH ALAM: Identiti ahli perniagaan yang mati dibunuh dan mayat dibuang ke cerun di Hulu Langat, Selangor sudah dikenal pasti.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, rakan serumah mangsa antara suspek yang disyaki terbabit dalam komplot pembunuhan mangsa.
“Ya. Mangsa dikenal pasti. Rakan serumah mangsa adalah seorang daripada suspek dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam media melaporkan mayat mangsa ditemui dengan kesan leher dijerut pengikat kabel manakala tangannya terikat dalam sebuah bagasi di cerun bukit pada ketinggian 27 meter di Hulu Langat, Khamis lalu.
Mangsa, 41 tahun mempunyai rangkaian klinik kesihatan persendirian
Penemuan mayat mangsa itu susulan tangkapan lima suspek termasuk dua perempuan selepas rakan serumah mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangannya 26 April lalu.
Setakat ini enam orang ditahan berhubung kes itu termasuk suspek utama seorang kontraktor.