Tumpuan :
Nasional

Idea aktiviti sensori untuk anak ketika cuti sekolah. Seronok & tidak bersepah!

Selepas menerima maklum balas yang positif daripada artikel Buletin TV3 mengenai permainan sensori, kali ini kami ingin kongsikan pula beberapa aktiviti yang menyeronokkan kepada anak-anak bagi mengisi masa terluang ketika cuti sekolah.

Bukan sekadar menyeronokkan tetapi juga penting untuk perkembangan kanak-kanak, merangsang deria dan memupuk kreativiti serta kemahiran kognitif.

Sebagai ibu bapa, pastinya sedang mencari idea aktiviti kreatif untuk meluangkan masa dengan anak-anak dengan aktiviti yang berfaedah dan semestinya… senang dikawal serta kurang bersepah!

 

Cadangan Permainan Sensori:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cosy Direct (@cosydirect)

 

1. Permainan Air Bunga: Ketika cuaca yang agak panas ketika ini, permainan berasaskan air pasti disukai oleh si kecil. Ditambah pula dengan bunga yang mempunyai pelbagai warna serta bauan.

Isikan air dalam bekas, campurkan sedikit tepung jagung atau pewarna makanan ke dalam air dan letakkan tiga atau empat jenis bunga berbeza yang ada di persekitaran anda.

Kemudian guna spatula untuk mengasingkan bunga mengikut jenisnya. Anak-anak pasti leka dengan bahan-bahan ini. 

Kalau kanak-kanak zaman dahulu, seperti permainan ‘masak-masak’. Habis bunga mak dalam pasu dipetik! 

Kalau kanak-kanak lelaki, boleh ubah kepada permainan tangkap haiwan mainan dalam air menggunakan penapis yang bersesuaian.


 

 

2. ‘Play-Doh’ buatan sendiri: Bancuh sendiri ‘Play-Doh’ dengan hanya dua bahan: losyen bayi dan tepung jagung.

Kemudian tambahkan pewarna dan sediakan acuan-acuan mainan yang menarik. Anak-anak pasti lebih ‘bonding’ jika melibatkan mereka dari awal proses awal pembuatan ‘Play-Doh’.

Bukan sahaja lebih selamat bahkan aktiviti ini dapat mengingkatkan kemahiran serta kreativiti, selain melatih anak menjadi lebih fokus.


 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by G E M M A (@g3myv)

3. Basuh Mainan: Terapkan dalam diri anak-anak sejak awal dengan kebersihan dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan.

Antaranya melibatkan mereka dengan aktiviti membasuh mainan mereka sendiri.

Sediakan bekas air sabun, air bersih dan tuala untuk mengeringkan mainan.

Sesuaikan dengan jantina anak, sebagai contoh anak perempuan membasuh pinggan, periuk dan sudu mainan, sementara anak lelaki gunakan kereta mainan mereka.

Ia bagi melatih dan menyemai sifat bertanggungjawab dan kebersihan. 

Tips untuk pembersihan yang mudah! Gunakan pelapik kalis air untuk memudahkan proses pembersihan di rumah. 


Lakukan aktiviti bersama anak-anak sebagai bonding time bersama mereka. Pemantauan juga penting untuk keselamatan.

Selamat mencuba!

 

Loading...
Terkini