comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan tidak beri pengakuan bersalah, sebaliknya beri keterangan besar – Peguam


Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: Ibu kepada kanak-kanak malang Zayn Rayyan Abdul Matiin yang hadir ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini tidak memberi sebarang pengakuan bersalah.

Sebaliknya suspek hanya memberi keterangan yang dianggap besar dan bercanggah daripada sebelumnya kepada Majistret.

Peguam kepada ibu Zayn Rayyan, Mahmud Abdul Jumaat berkata, beliau percaya kenyataan itu sangat berbeza daripada apa yang pernah dimaklumkan sebelum ini.

Peguam kepada ibu Zayn Rayyan, Mahmud Abdul Jumaat berkata, beliau percaya kenyataan itu sangat berbeza daripada apa yang pernah dimaklumkan sebelum ini.

“Hari ini pihak PDRM telah membawa OYDS, iaitu ibu Zayn Rayyan ini ke Mahkamah untuk merekodkan sekiranya ada pengakuan bersalah yang ingin direkodkan depan Tuan Majistret.

“Namun setelah kita berbincang dalam mahkamah tadi, ibu mangsa tidak ingin membuat sebarang pengakuan salah.

“Sebaliknya apa yang telah berlaku adalah beliau telah membuat keterangan. Saya percaya keterangan ini amatlah bercanggah dengan apa yang telah diuar-uarkan di luar sana,” katanya kepada Buletin TV3

Mengulas berkenaan pengakuan bersalah anak guamnya itu, Mahmud berkata ibu Zayn Rayyan memilih untuk tidak membuat pengakuan namun hanya ingin memberi keterangan.

“Seksyen 26 (1) Akta Keterangan adalah seksyen dimana sekiranya seseorang membuat pengakuan bersalah, dalam jagaan pihak PDRM, pengakuan bersalah tersebut tidak boleh direkod dan diguna pakai dalam mahkamah.

“Namun jika pengakuan bersalah tersebut dibuat di hadapan majistret, walaupun dalam proses reman ianya boleh direkodkan dan digunakan di dalam prosiding mahkamah.

“Namun pada prosiding tertutup ini ibu mangsa membuat keputusan untuk tidak membuat pengakuan bersalah,” katanya lagi.

Ibu kepada kanak-kanak Autisme yang ditemui mati pada 6 Disember lalu, Zayn Rayyan Abdul Matiin dilaporkan tiba di Mahkamah sekitar jam 10.30 pagi tadi dan meninggalkan kompleks itu pada jam 12.51 tengah hari tadi.

Wanita itu dibawa menaiki sebuah van putih tanpa logo keluar dari perkarangan Kompleks Mahkahmah berkenaan selepas hampir tiga jam hadir.

 

Loading...
Terkini