comscore
Tumpuan :
Nasional

Ibu Zayn Rayyan keluar dari mahkamah selepas hampir 3 jam

Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: Ibu kepada kanak-kanak Autisme yang ditemui mati pada 6 Disember lalu, Zayn Rayyan Abdul Matiin dilihat keluar dari Kompleks Mahkamah Majistret pada jam 12.51 tengah hari tadi.

Wanita itu dibawa menaiki sebuah van putih tanpa logo keluar dari perkarangan Kompleks Mahkahmah berkenaan selepas hampir tiga jam hadir.

Suspek itu dilaporkan tiba pada pukul 10.30 pagi dan dikawal ketat oleh pihak polis.

Bagaimanapun, tujuan kehadiran Ibu kepada Zayn Rayyan itu masih belum dapat disahkan.

Dalam pada itu kelibat bapa kepada Zayn Rayyan tidak kelihatan di Mahkamah. Malah, hanya keluarga kepada bapa kanak-kanak itu sahaja yang hadir.

Selain itu, kedua-dua peguam yang mewakili pasangan suami isteri tersebut turut hadir ke Mahkamah sekitar jam 11.20 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini