Tumpuan :
Nasional

Ibu sarat mengandung, sakit jantung redah banjir paras leher

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

SETIU: Seorang wanita sarat mengandung yang juga pesakit jantung, meredah banjir paras leher sejauh 500 meter bagi menyelamatkan diri.

Menurut Wan Asmila Wan Deraman, 29 tahun, dia terpaksa bertarung nyawa demi menyelamatkan kandungannya yang sudah sampai tempoh untuk bersalin.

Lebih menyayat hati, apabila diberitahu jantungnya bergantung pada bateri sejak 19 tahun lalu.

“Rumah saya tu memang atas bukit air, jadi saya terpaksa redah banjir untuk sampai ke jalan utama, saya terpaksa redah kalau tak kerana mengandung saya dah tak redah banjir”, katanya.

Dia tidak menyangka jalan keluar dari rumahnya di Kampung Ulu Seladang ditenggelami air setinggi satu meter sehingga terpaksa meminta bantuan pihak bomba dan penyelamat untuk membawanya keluar ke jalan utama.

Wan Asmila kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini