Tumpuan :
Nasional

Ibu Menteri Besar Perak meninggal dunia

FOTO: BN Perak/Facebook

IPOH: Ibu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, meninggal dunia malam tadi.

Allahyarhamah Aminah Mohd Yusof, 79, menghembuskan nafas terakhir di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Jalan Raja Dihilir, di sini, kira-kira jam 11.15 malam.

Berita pemergian ibu Saarani itu dikongsikan menerusi Facebook Saarani Mohamad, pagi ini.

“Dimaklumkan, bonda tercinta kepada YAB Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi (10 Januari 2023 jam 11.15 malam) di kediaman rasmi YAB Menteri Besar Perak,” kata hantaran itu.

Ucapan takziah pemergian Allahyarhamah turut dikongsikan menerusi Facebook Barisan Nasional (BN) Perak yang mengucapkan takziah atas pemergian ibu kepada Pengerusi BN Perak itu.

Jenazah akan disolatkan di Masjid Kampung Raban, Lenggong pada jam 11.00 pagi ini dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Raban.

Pada 8 Disember lalu, dilapor bahawa Aminah sudah tenat.

Loading...
Terkini