comscore
Tumpuan :
Nasional

Ibu Chef Wan meninggal dunia

Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berkongsi berita mengenai kehilangan ibunda  tercinta, Noraini Abdullah, pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 93 tahun menghembuskan nafas terakhir selepas 10 hari dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Ampang, akibat kanser dan beberapa komplikasi penyakit.

Chef Wan sebelum itu ada memberitahu di laman Instagram miliknya mahu membawa ibunya pulang ke rumah selepas menerima nasihat doktor.

Namun dia tidak yakin untuk menjaga ibunya di rumah kerana bimbang rawatan mungkin tidak sebaik di hospital.

Menerusi kiriman Whatsapp kepada kenalan rapat beliau berkata, “ibu sudah meninggal dunia jam 6.20 pagi tadi”.

Jenazah akan disolatkan di Masjid Putra, Putrajaya, dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cyber 10, Cyberjaya.

Selain mendertita kanser, allahyarham juga mengalami penyakit seperti alzheimer dan dimentia.

Loading...
Terkini