comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ibu bapa Zayn Rayyan tertekan – Peguam

PETALING JAYA: Peguam mewakili ibu bapa kanak-kanak autisme Zayn Rayyan, mendakwa anak guamnya dalam keadaan tertekan dan berulang kali menegaskan pembunuh sebenar masih bebas.

Ilyani Khuszairy berkata demikian ketika ditemui media di perkarangan Mahkamah Majistret di sini hari ini.

“Kedua-dua pihak (ibu bapa Zayn) berada dalam keadaan yang sangat-sangat tertekan, dapat tengok muka dia, menangis ketika bertanya-tanya soalan dan sering mengatakan bahawa pembunuh sebenarnya ada di luar.

“Mereka dalam tekanan dan berharap supaya kes ini dapat diselesaikan secara baik dan siasatan dapat dijalankan secara telus dan adil, keadilan terhadap arwah anak mereka dapat dicapai,” katanya ketika ditemui pada sidang media di pekarangan mahkamah di sini, hari ini.

Ilyani berkata, surat juga sudah dihantar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk berjumpa ibu bapa Zayn Rayyan namun berharap dapat jawapan.

“Mak Zayn Rayyan sihat, cuma sama juga sangat tertekan dan sedih, cakap pun tak banyak, mungkin masih lagi dalam keadaan terkejut dan tertekan semasa berada dalam tujuh hari reman,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peguam yang mewakili mereka, Fahmi Abd Moin berkata, kedua-dua anak guamnya tetap memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes itu dan mencari keadilan untuk anak mereka.

“Buat masa ini tiada lagi permohonan untuk pemeriksaan psikologi, pihak kami juga memohon kepada pihak mahkamah tadi untuk berjumpa dengan anak guam ketika dalam reman enam hari,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini, hari ini, membenarkan permohonan sambung reman selama enam hari terhadap ibu bapa kepada Zayn Rayyan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini