Tumpuan :
Nasional

Ibu bapa Zayn Rayyan terima keputusan, mahu bersihkan nama mereka – Peguam

Ismanira Abdul Manaf (kiri) dan Zaim Ikhwan Zahari (kanan) meninggalkan mahkamah selepas AGC menolak representasi yang dikemukakan untuk menyemak semula pertuduhan mengabaikan anak mereka di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.- NSTP

Oleh: Fareez Azman

PETALING JAYA: Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf menerima keputusan representasi mereka ditolak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini.

Menurut peguam bela baharu yang dilantik mewakili kedua-dua mereka, Haresh Mahadevan, bagaimanapun tiada alasan diberikan oleh AGC atas keputusan penolakan itu.

“Tiada alasan diberi Jabatan Peguam Negara (AGC), keputusan (representasi ditolak) itu kita terima.

“Kedua-dua tertuduh mahu membersihkan nama mereka, jadi mereka menunggu perbicaraan yang dijangka pada Februari (tahun depan),”jelasnya.

Mengulas lanjut jelasnya, beliau bersama peguam Ramzani Idris dilantik sebagai peguam mewakili kedua-dua tertuduh sejak semalam.

“Dilantik oleh kedua-dua tertuduh semalam untuk mewakili mereka dan pihak kami telah hadir hari ini.

“Kami baru meneliti dokumen-dokumen dan pihak kami juga memohon kepada Timbalan Pendakwa Raya terdapat dua cakera padat (CD) belum dikemukakan dan satu laporan forensik berkaitan sampel diambil dari arwah pihak pendakwa belum dikemukakan,” jelasnya lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini