comscore
Tumpuan :
Nasional

Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan berpandukan risikan – Polis 

KUALA LUMPUR: Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin direman tujuh hari bermula hari ini hingga 7 Jun bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Tangkapan terhadap dua individu terbabit berpandukan risikan sejak hari kejadian sehingga sekarang…ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Puncak Alam, Selangor, pagi semalam.

Pada 6 Disember tahun lepas, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai, Petaling Jaya dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini