comscore
Tumpuan :
Nasional

Ibu bapa Zayn Rayyan direman seminggu

Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu ditahan reman selama 7 hari.

Reman terhadap mereka dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Azura Mohd Saad.

Terdahulu pasangan itu tiba di mahkamah untuk permohonan reman sekitar jam 8.50 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Mereka kemudian dilihat masuk ke kamar mahkamah dengan diiringi anggota polis, kira-kira jam 9 pagi.

6 Disember tahun lalu, negara digemparkan dengan kes kematian kanak-kanak autisme berusia enam tahun yang disyaki dibunuh selepas lebih 30 jam dilaporkan hilang.

Mayat kanak-kanak itu ditemukan di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya oleh orang awam yang menyertai operasi mencari mangsa.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini