Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ibnor Riza selamat dikebumikan di Batu Kikir

PETALING JAYA: Jenazah Allahyarham penyanyi era 80-an Ibnor Riza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kasau, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, kira-kira jam 10.20 malam tadi.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham Ibnor, 62, disolatkan di Masjid Tunku Aliff Hussein Saifuddin Al-Amin, Kariah Tengkek, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan.

Lebih 100 ahli keluarga, saudara-mara, selebriti dan kenalan hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), jam 3.30 petang semalam .

Penyanyi Mimpi Tak Sudah itu kritikal dan ditidurkan selepas menjalani pembedahan mengeluarkan air dalam kepalanya pada 2 Disember lalu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini