comscore
Tumpuan :
Nasional

Hutan Lipur Lata Bayu masih ditutup susulan kes kencing tikus

Taman Eko Rimba Lata Bayu di Baling ditutup sementara, selepas dua pengunjung disyaki dijangkiti penyakit kencing tikus

BALING: Ekoran terdedah bahaya penyakit kencing tikus, Hutan Lipur Lata Bayu, Asam Jawa dekat sini masih ditutup, kerana kawasan itu masih tidak selamat untuk dikunjungi.

Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahaya berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Baling belum memaklumkan status terkini Lata Bayu.

“Cuma saya ada maklumkan kepada pejabat berkenaan semasa awal penutupan hari itu yang saya serahkan kepada mereka untuk buka semula sekiranya keadaan selamat.

“Nampaknya pusat itu masih tidak selamat untuk dikunjungi orang ramai dan kita masih menutup pusat rekreasi itu,” katanya ketika dihubungi.

Yazlan berkata, pegawai daripada Pejabat Kesihatan Baling sentiasa memantau dan memberi penerangan berkala untuk kesedaran awam, termasuk mengedarkan risalah bahaya penyakit kencing tikus.

Menurutnya, arahan penutupan awal dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Kedah, untuk siasatan kes dan aktiviti pencegahan.

Sementara itu, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Daerah Baling, Mohd Arfan Bibit berkata, hutan lipur itu ditutup berikutan dua kes pesakit dijangkiti kencing tikus diterima pada 17 Jun lalu dan  mereka dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Tinjauan mendapati, pintu pagar hutan lipur itu masih berkunci dan diletakkan tali larangan bagi mengelakkan orang ramai masuk.

Gerai peniaga di sekitar pintu masuk juga ditutup.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini