KUALA LUMPUR: Empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas, esok.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam hantaran di Facebooknya memaklumkan Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak akan mengalami cuaca sama pada sebelah petang.
Selain itu, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada malam.
MetMalaysia mengingatkan orang ramai merancang perjalanan dan aktiviti, serta muat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca terkini dan sahih di MetMalaysia.-BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.