Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat tahap waspada di 5 negeri hingga Jumaat ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda beberapa daerah di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga Jumaat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan di Terengganu, amaran itu dikeluarkan bagi kawasan Dungun dan Kemaman, manakala Pahang membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Di Johor pula, katanya amaran sama dikeluarkan bagi daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Selain itu, amaran hujan tahap waspada turut dikeluarkan bagi beberapa daerah di Sarawak dan Sabah mulai esok hingga Ahad ini.

METMalaysia memaklumkan di Sarawak, cuaca itu dikeluarkan bagi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

“Di Sabah pula membabitkan kawasan Pantai Barat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini