comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat, ribut petir diramal di seluruh negara petang ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda kebanyakan negeri di seluruh negara sehingga jam 6 petang ini.

Selain ibu kota dan Putrajaya, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan cuaca itu diramal melanda seluruh Perlis, Melaka dan Johor selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Katanya di Kedah, cuaca itu dijangka di Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala Perak membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Di Kelantan membabitkan kawasan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang, Terengganu (Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) selain Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan dan Rompin di Pahang.

“Cuaca di Selangor dijangka berlaku di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang manakala Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin),” katanya menurut hantaran itu.

METMalaysia memaklumkan, amaran cuaca sama dikeluarkan bagi Sarawak membabitkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Di Sabah pula, ramalan cuaca itu dikeluarkan bagi kawasan pedalaman iaitu Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan, Pantai Barat dan Sandakan (Tongod dan Sandakan).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini