PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka diramal berlaku di beberapa kawasan di kebanyakan negeri sehingga jam 6 petang ini.
Berikut antara kawasan terlibat yang disenaraikan Jabatan Meteorologi (METMalaysia):
• Kedah
• Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan)
• Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim)
• Kelantan (Gua Musang)
• Terengganu (Hulu Terengganu) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin)
• Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling)
• WP Kuala Lumpur
• Melaka
• Johor
• Sarawak: Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang
• Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran)
• WP Labuan
Menerusi kenyataan di Facebook, METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.