KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal melanda tujuh negeri sehingga jam 8 malam ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, selain Perlis, ramalan cuaca sama bagi Kedah membabitkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling dan Kulim.
Perak hanya membabitkan kawasan Hulu Perak manakala di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok dan Pasir Puteh).
“Di Terengganu ramalan itu diramal berlaku di Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
“Pahang pula membabitkan daerah Rompin,” menurut kenyataan itu.
Ramalan cuaca sama turut diramal di Johor membabitkan kawasan Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.