KUALA LUMPUR: Hujan lebat berserta ribut petir diramalkan membadai negeri-negeri di utara Semenanjung hingga awal minggu depan, terutama pada waktu petang dan awal malam.
Perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan, hari ini.
Berhubung air pasang besar yang dijangka berlaku hingga Sabtu ini pula, METMalaysia berkata, fenomena air pasang besar berlaku beberapa kali dalam setahun dengan magnitud yang berbeza.
“Sekiranya hujan lebat bersekali dengan air pasang besar, maka terdapat kemungkinan banjir akan berlaku.
“Jadual air pasang harian boleh dirujuk melalui laman sesawang Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di https://www.jupem.gov.my/peta- laman/staps.
“Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati ketika berada di kawasan pesisir pantai, terutama apabila berlaku fenomena air pasang besar, dan mematuhi segala arahan pihak berkuasa,” katanya.
Selain itu, METMalaysia berkata, kejadian air pasang dan surut adalah fenomena yang berlaku setiap hari.
“Justeru, orang ramai tidak perlu risau,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.