comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak hingga 9 malam

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Tiga negeri di Semenanjung, Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berdepan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan cuaca itu dijangka berlaku di Sik dan Baling, Kedah serta Kelantan membabitkan Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

Menurutnya, satu lagi negeri semenanjung yang dijangka berdepan cuaca sama ialah Terengganu iaitu di Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

“Selain itu, Sarawak ia membabitkan Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sibu, Mukah (Mukah), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Sabah pula di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat selain Labuan juga diramal cuaca sama sehingga malam ini,” katanya.

Loading...
Terkini