comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat, ribut petir, angin kencang diramal landa 5 negeri petang ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di beberapa daerah di lima negeri sehingga jam 6 petang ini.

Di Pahang, ia membabitkan kawasan Raub, Bentong dan Rompin, manakala di Selangor pula membabitkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Amaran sama bagi kawasan Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan dan di Johor pula merangkumi Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Di Sarawak, amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dikeluarkan bagi Sarikei (Meradong), Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Mukah), Kapit (Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut METMalaysia.

Orang ramai dinasihati sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini