Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat landa KL, Putrajaya dan 6 negeri

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya dan lima negeri lain hingga jam 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, selain seluruh Selangor, kawasan terbabit di Kedah terdiri daripada Langkawi, Sik dan Baling.

Di Perak katanya, kawasan terbabit adalah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung dan Kinta.

“Di Negeri Sembilan, kawasannya adalah Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau.

“Manakala kawasan di Sarawak membabitkan Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan jam 4 petang.

Katanya di kawasan Sabah pula adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Ranau), Tawau dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Sandakan).

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi waktu itu.

“Amaran ribut petir adalah peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini