comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat, Kampung Melayu Subang dilanda banjir 

Bomba membuat pemeriksaan banjir kilat di kawasan Kampung Melayu Subang. – FOTO: Ihsan Bomba

BUKIT JELUTONG: Hujan lebat sejak petang tadi menyebabkan kawasan Kampung Melayu Subang dilanda banjir kilat separas 0.3 meter.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.05 petang dan tiba di lokasi 15 minit kemudian.

Menurutnya, lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba mendapati berlaku banjir pada kedalaman 0.3 meter di mana penduduk enggan berpindah dan tiada pemindahan dilakukan.

“Banjir yan gmelanda juga sudah mulai surut tidak lama kemudian,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini