KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal membadai ibu kota selain beberapa kawasan di lima negeri sehingga jam 10 malam ini.
Selain Bera di Pahang, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan cuaca itu dijangka di Selangor membabitkan kawasan Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
“Di Negeri Sembilan, cuaca itu dijangka melanda Jelebu dan Jempol manakala Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
“Di Sarawak pula membabitkan Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Kapit (Song dan Kapit), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.