comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat dijangka di seluruh Perlis, Johor sehingga jam 7 malam

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda sembilan negeri termasuk Putrajaya sehingga jam 7 malam ini.

Selain seluruh Perlis dan Johor, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantarannya berkata cuaca itu dijangka di Kinta dan Batang Padang di Perak; Rompin di Pahang; Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang); Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) serta kawasan Alor Gajah dan Melaka Tengah di Melaka.

Di Sarawak katanya, cuaca itu dijangka berlaku di Kuching, Samarahan, Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Limbang (Lawas) manakala Sabah membabitkan kawasan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini