Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat berterusan dijangka landa Sarawak hingga esok

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Sarawak, yang dijangka berlarutan sehingga esok.

Kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, dan Mukah. Selain itu, hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di kawasan Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau), serta Kapit (Song).

Amaran hujan berterusan tahap waspada juga dijangka melanda Johor di kawasan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru, hari ini.

Orang ramai digalakkan mengikuti perkembangan cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, atau platform media sosial jabatan itu.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian hotline 1-300-22-1638.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini