Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat berterusan dijangka di Rompin, 7 daerah Johor hari ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya yang diramalkan berlaku di Rompin, Pahang dan beberapa daerah di Johor hari ini.

METMalaysia dalam kenyataan hari ini berkata, ramalan cuaca itu dikeluarkan bagi daerah Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Amaran cuaca buruk dengan hujan berterusan dijangka berlaku di Maran, Kuantan dan Bera di Pahang serta Segamat, Tangkak dan Muar di Johor, selain di Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

Di Pahang ia membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh.

Sementara itu, keadaan cuaca itu diramal di Kuala Pilah, Jempol dan Tampin, Negeri Sembilan; Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu, Sarawak.

Kelmarin, media melaporkan, Malaysia diramal berdepan beberapa lagi siri luruan monsun sehingga Monsun Timur Laut (MTL) berakhir, Mac depan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini