Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat, anginn kencang cetus banjir kilat, pokok tumbang di ibu negara

FOTO: Ihsan JBPM

PETALING JAYA: Beberapa lokasi di Lembah Klang dilanda banjir kilat serta pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang petang tadi.

Menuru Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, banjir kilat dilaporkan di Jalan Jed Hill menghala Sungai Chua, Kajang, menyebabkan sebuah kereta terkandas.

Katanya, kejadian jam 6.15 petang itu membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi terkandas di pembahagi jalan ketika cuba melalui kawasan dilanda banjir kilat di laluan berkenaan.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dihantar ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan.

“Hujan lebat menyebabkan air longkang di laluan itu melimpah hingga mengakibatkan banjir kilat dengan kedalaman 0.2 meter,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum itu, katanya, pihak bomba menerima laporan kejadian pokok tumbang di Jalan Cheras Prima, Taman Sutera pada jam 5.30 petang yang menyebabkan laluan utama di kawasan itu terhalang.

“Anggota bomba dari BBP Kajang ke lokasi untuk melakukan kerja memotong serta mengalihkan batang dan dahan pokok yang tumbang.

“Tiada mangsa atau harta benda yang terjejas dalam kejadian ini,” katanya.

Loading...
Terkini