KUALA LUMPUR: Hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda beberapa bahagian di Sabah selama tiga hari mulai Sabtu ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran yang dikeluarkan jam 1 tengah tadi, memaklumkan kawasan terbabit di Sabah termasuk Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
Sementara itu, cuaca sama dijangka melanda Kelantan membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh selama tiga hari bermula Ahad ini.
Turut diramal mengalami cuaca sama adalah seluruh negeri Terengganu. – BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.