Oleh: Halim Mohamed
SEOUL: Hubungan Malaysia dan Korea Selatan terus diperkukuh ke tahap strategik dan komprehensif dengan kerjasama dalam segenap aspek ditingkatkan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat dua hala bersama Presiden Yoon Suk Yeol sebentar tadi menegaskan republik berkenaan banyak menyumbang kepada pembangunan Malaysia sepanjang 65 tahun hubungan diplomatik terjalin.
Anwar yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Korea Selatan turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman MOU membabitkan beberapa kerjasama seperti pendidikan tinggi, pemerangkapan dan penyimpanan karbon serta pendekatan bersepadu berkaitan Perjanjian Paris.
Perdana Menteri diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz; Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Chang Lih Kang; Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang; serta pegawai kanan kerajaan.
Berita lanjut menyusul
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.