comscore
Tumpuan :
Nasional

HRPZ II minta bantuan orang ramai kesan waris pesakit warga emas

KOTA BHARU: Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris kepada seorang pesakit lelaki berumur lingkungan 70-an yang kini sedang menerima rawatan di Wad Puteri hospital berkenaan.

Seksyen Perhubungan Awam HRPZII dalam kenyataan hari ini memaklumkan warga emas itu dikenali sebagai Ibrahim Mohamad berdasarkan maklumat daripada ahli qariah Masjid Chempaka Tanjung Mas yang menjumpainya.

“Pihak HRPZ II bersama Jabatan Pendaftaran Negara telah berusaha untuk mengesan waris dalam sistem namun tiada rekod yang ditemui,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihak HRPZ II memohon waris atau orang ramai yang mengenali Ibrahim agar dapat tampil memberikan maklumat dengan hadir ke HRPZ II atau menghubungi Seksyen Perhubungan Awam di talian 09-7452000.

— BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini