comscore
Tumpuan :
Nasional

Hospital Swasta Calon 5 Pakar Bantu HWP

Oleh Buletin TV3

PETALING JAYA: Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) mencalonkan lima ahlinya untuk mewakili konglomerat hospital swasta bagi membantu Majlis Penasihat Kertas Putih Kesihatan (HWP).

Presidennya, Datuk Dr Kuljit Singh berkata dengan adanya lima ahli ini dapat mengukuhkan perkongsian hospital swasta dengan penyedia perkhidmatan kesihatan kerajaan.

“Kami berpendapat sistem perkhidmatan kesihatan awam dan swasta akan lebih mampan dengan syarat kerjasama dijalankan dengan nasihat dan perkongsian ilmu dari lapangan perubatan terutama dari pengendali perkhidmatan hospital swasta,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, calon yang diketengahkan ini mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pengurusan hospital swasta.

HWP ditubuhkan 10 Ogos lalu dan mesyuarat julung kalinya dibuat pada 30 Ogos lalu bersama pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan (KKM)

Kertas putih itu juga akan mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian dari segi reformasi penyampaian perkhidmatan, pembiayaan, tadbir urus serta organisasi dengan pendekatan berfasa merangkumi tempoh 15 tahun.

HWP dipengerusikan secara bersama bekas Menteri Kesihatan, Tan Sri Dr S Subramaniam dan Pengerusi Kumpulan AXIATA, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan.

Loading...
Terkini