Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
SERDANG: Hospital Serdang dirasmikan dan dinamakan semula sebagai Hospital Sultan Idris Shah Serdang.
Perasmian disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Hospital terbabit merupakan pusat rujukan rawatan jantung bagi Wilayah Tengah dan pusat rujukan bagi kes-kes jantung kompleks dari seluruh negara
Perkhidmatan jantung Hospital Serdang merupakan perkhidmatan yang paling sibuk dengan beban kerja paling tinggi di antara semua 10 fasiliti perkhidmatan jantung di KKM dengan lebih 40,000 pesakit luar setahun dan lebih 12,000 rawatan invasif setahun termasuk angiogram dan angioplasti koronari.
Kos pembinaan hospital berkenaan berjumlah RM771,935,116 di atas tanah seluas 45 ekar memulakan operasinya dengan kapasiti sebanyak 668 buah katil pada Mei 2005.
Idea pembinaan Hospital Serdang tercetus pada akhir tahun 1990an bertujuan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di negeri Selangor.