comscore
Tumpuan :
Nasional

Hospital Selayang guna teknologi parkir mekanikal

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman (enam dari kiri-pakai topi) merasmikan parkir mekanikal di Hospital Selayang, semalam.- FOTO : NSTP

SELAYANG: Hospital Selayang mencatat sejarah apabila muncul hospital pertama di Malaysia menggunakan teknologi parkir mekanikal.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata penggunaan sistem parkir mekanikal mampu mengatasi masalah parkir dan kesesakan di kawasan hospital sekali gus dapat memberi keselesaan serta manfaat buat pengunjung.

“Kita sedia maklum fasiliti kita khususnya hospital, ramai pengunjung-pengunjung yang bawa kereta dan sebagainya sudah pasti parkir merupakan satu isu satu masalah.

Justeru, kita sudah menerima kertas kerja dan telah menerima dan melihat cadangan parkir mekanikal bagi mengatasi masalah parkir ini.

Kita akhirnya bersetuju satu parkir mekanikal di kawasan ini (Hospital Selayang) bagi memberi manfaat kepada pengguna,” katanya pada majlis perasmian parkir mekanikal bertingkat di Hospital Selayang, semalam.

Menurut Dr Sha’ari untuk permulaan, sebanyak lima menara parkir mekanikal didirikan yang boleh memuatkan 60 lot parkir dan akan ditambah kepada 20 menara membabitkan 240 lot parkir.

Tambahnya, sambutan ketika tempoh percubaannya mulai awal Jun lalu amat menggalakkan.

Beliau juga tidak tidak menolak kemungkinan inisiatif ini diperkenalkan di hospital lain di Selangor tidak lama lagi.

Ketika ini kadar bayaran parkir mekanikal ini serendah RM2 sejam dan maksimum RM14 sehari.

Loading...
Terkini