comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Hizbullah guna roket Burkan bedil pos kawalan tentera Israel

Roket Burkan (dalam bulatan merah) dilancarkan di kawasan Israel di Jal Al-Alam pada Sabtu. – Foto: AGENSI

LUBNAN: Pejuang Hizbullah melakukan serangan serentak  ke atas beberapa pos tentera rejim Zionis dan menyebabkan sejumlah besar korban pada Sabtu, lapor Islamic Resistance di Lubnan.

Roket Burkan yang dilancar pejuang Hizbullah menyasarkan pos kawalan tentera Israel di sempadan Lubnan-Israel ketika ketegangan terus memuncak di sepanjang sempadan utara negara itu dengan Lubnan.

Ia adalah kali pertama Hizbullah menggunakan roket terbabit sepanjang konflik kali ini.

Kumpulan itu menyatakan ia membedil pos tentera rejim di al-Jardah, Hadb Al-Bustan, Malkia dan pos “Metula”.

Serangan paling hebat ditujukan ke atas Jal Al-Alam dengan melancarkan dua serangan roket Burkan.

Kemusnahan pos-pos tentera rejim turut dilapor media Israel.

Roket jarak dekat Burkan amat digeruni kerana ia dilengkapi letupan seberat di antara 400 hingga 500 kilogram dan boleh menyebabkan kemusnahan besar.

Roket berkenaan yang dibangunkan ketika konflik di Syria mampu membedil sasaran sejauh lima kilometer. – AGENSI

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini