comscore
Tumpuan :
Nasional

Hina institusi Diraja, dua lelaki direman 3 hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki kerana memuat naik hantaran berkaitan institusi Diraja, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mereka ditangkap menerusi dua serbuan berasingan selepas suspek memuat naik hantaran yang cenderung menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap institusi Diraja.

“Suspek pertama berusia 41 tahun ditahan di Kampung Sungai Kati, Ipoh, Perak berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi Diraja Johor.

“Suspek kedua pula berusia 47 tahun yang ditahan di Langkap, Perak, kerana disyaki memuat naik hantaran mengandungi kenyataan menghina Sultan Selangor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, dua suspek terbabit direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 2 September nanti.

“Kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5 JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai digesa supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah. Elakkan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutama membabitkan isu 3R (kaum, agama dan raja),” katanya.

Loading...
Terkini