comscore
Tumpuan :
Nasional

Himpunan terbuka berunsur LGBT dalam siasatan polis

FOTO: Tangkap layar video tular

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat perhimpunan terbuka yang berunsurkan elemen lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di ibu negara, baru-baru ini.

Kejadian itu mendapat perhatian ramai selepas satu video berdurasi 48 saat dimuat naik pengguna TikTok semalam, memaparkan beberapa lelaki memegang plakad menyokong LGBT.

@buletintv3

PDRM sedang menyiasat perhimpunan terbuka yang berunsurkan elemen lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di ibu negara, baru-baru ini. #beritaditiktok #buletintv3 #lgbt #himpunanlgbt

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Antara mesej terpampang di plakad berkenaan adalah ‘Gay people are not criminals and being gay is not a crime’ bermaksud golongan gay bukan penjenayah dan menjadi gay bukan satu jenayah.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku pada Sabtu lalu di hadapan sebuah pusat beli belah terkenal di ibu negara.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.

Loading...
Terkini