comscore
Tumpuan :
Nasional

Hilang sejak 10 Julai, mayat Nur Farah Kartini ditemukan dipercayai dibunuh. Ini perkara yang anda perlu tahu…

Mayat Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan di Felda Gedangsa, Hulu Selangor. Foto Ihsan Polis

Kehilangan seorang wanita, Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun sejak 10 Julai lalu terjawab setelah mayatnya ditemukan di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, semalam.

Susulan penemuan mayat, seorang lelaki berusia 26 tahun dipercayai teman lelaki mangsa direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini bagi membantu siasatan.

Berikut adalah kronologi kes:

1 – Nur Farah Kartini Abdullah berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilaporkan hilang pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu, dipercayai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di sekitar Tanjung Malim.

2 – Laporan polis dibuat hari yang sama mengenai kehilangan mangsa.

3 – Operasi mengesan mangsa dilakukan, termasuk penyebaran gambar mangsa oleh kenalan.

4 – Kali terakhir mangsa dilihat berpakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

5 – Misteri kehilangan Nur Farah Kartini terjawab selepas mayat mangsa ditemukan di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada 6 petang, Isnin.

6 – Polis percaya mangsa dipercayai dibunuh individu dikenalinya.

7 – Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun ditahan.

8 – Suspek seorang penjawat awam direman selama 7 hari di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, bermula hari ini.

@buletintv3

KES BUNUH FARAH KARTINI | Penjawat awam direman 7 hari buletintv3 beritaditiktok reman penjawatawam suspek farahkartini kesbunuh

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

9 – Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yg membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

10 – Jenazah Nur Farah Kartini dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh dibedah siasat malam tadi.

11 – Jenazah mangsa dijangka dibawa pulang ke Kampung Lereng Bukit, Miri Sarawak, bagi proses pengebumian.

12 – Nur Farah Kartini anak bongsu dari 7 beradik.

13 – Menurut keluarga, Allahyarham nekad bekerja sambilan selepas tamat pengajian dari UPSI bagi membantu ibu dan neneknya di kampung.

14 – Menurut kenalan, Nur Farah bekerja di bahagian pemasaran sebuah syarikat percetakan di Tanjung Malim, namun dalam masa sama turut membuat kerja sambilan di syarikat penyewaan kereta.

 

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini