Tumpuan :
Nasional

Henti spekulasi kesihatan Tun Abdul Taib – Astana Sarawak

Tun Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Ragad Kurdi Taib, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ketika hadir pada Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kedua DUN Sarawak Ke-19 di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Petra Jaya Kuching, Sarawak pad 15 Mei 2023. – Foto: NSTP

KUCHING: Astana Negeri Sarawak  meminta orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan berita dan spekulasi mengenai keadaan kesihatan Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua Negeri , Junih Salleh Ahmad dalam satu kenyataan berkata keadaan Abdul Taib semakin pulih dan beliau kini sedang menjalani fasa pemulihan di luar negara.

“Insya-Allah dan atas nasihat doktor, beliau akan kembali tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan Abdul Taib akan pulang ke negeri itu dalam masa terdekat.

Tanpa mendedahkan tarikh kepulangan berkenaan, Abang Johari berkata keadaan Abdul Taib ketika ini sudah pulih dan beliau sedang berehat selepas jatuh sakit ketika bercuti di luar negara. – BERNAMA

Loading...
Terkini