Tumpuan :
Nasional

“Hendak berhimpun, berhimpunlah” – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Makan Tengah Hari bersama pelajar dan kakitangan UiTM di Anjung Dengkil dan solat Jumaat di Pusat Islam UiTM Dengkil. – FOTO: NSTP

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

DENGKIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada masalah dengan Himpunan Anti Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok.

Katanya, kebenaran telah diberikan cuma ada beberapa lokasi yang tidak diberi kelulusan.

“Hendak bantah, bantahlah rasuah, soal ya rasuah ini yang bangkitkan yang sekarang saya jadi Perdana Menteri apa dia jadi masalah rasuah dia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas makan tengah hari dan solat jumaat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil, Selangor hari ini.

Anwar mengulangi komitmen bahawa kerajaan pimpinannya tegas memerangi rasuah.

“Bangkit soal-soal lama sebahagian kita selesai, sebahagian tidak mampu selesai, bila kita bangkitkan kehilangan berbilion tiada pula suara,” jelasnya.

Sebelum ini, polis memaklumkan penganjur gagal mematuhi syarat Akta Perhimpunan Aman kerana tidak mendapat persetujuan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai pemilik Dataran Merdeka.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini