Oleh: Azwaliza Azman
PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa amat sedih serta dukacita susulan insiden dua buah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas.
Baginda selaku Kepten Yang Dipertua TLDM turut menyampaikan ucapan takziah kepada waris dan keluarga anggota TLDM yang terkorban dan berharap semoga mereka tabah menghadapi dugaan.
“Beta ingin menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita susulan tragedi menyayat hati yang berlaku pada bulan Syawal dan semasa ulang tahun ke-90 TLDM ini.
“Beta amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas dan mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat-Nya dan bersemadi dengan aman.
“Sesungguhnya, ini adalah satu kehilangan besar kepada TLDM dan negara.” titah baginda dalam kenyataan yang disiarkan menerusi Facebook Selangor Royal Office.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [KEMASKINI] [VIDEO] Nahas helikopter di Lumut, 10 maut
- Nahas helikopter di Lumut, dipercayai berlanggar di udara
- [VIDEO] Nahas helikopter di Lumut: TLDM sahkan semua 10 mangsa maut
- Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi helikopter Lumut
- Mindef akan nilai semula penganjuran ulang tahun TLDM ke-90
- Nahas helikopter di Lumut: CAAM aktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika KL
- Helikopter terhempas: Identiti 10 mangsa sedang dikenal pasti – Khaled Nordin
- [VIDEO] Helikopter terhempas: Laporan interim nahas akan disediakan secepat mungkin