comscore
Tumpuan :
Nasional

Helikopter terhempas: Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil

Oleh: Juliana Sharin

LUMUT: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kepten Yang Di Pertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan mencemar duli berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena sambutan Hari TLDM Ke-90.

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas berlangsung di Masjid An-Nur TLDM sempena memperingati tragedi nahas Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan FENNEC TLDM pada 23 April lalu yang telah mengorbankan nyawa 10 perwira TLDM.

Majlis bermula sebaik ketibaan Sultan Selangor di Masjid An-Nur TLDM pada jam 12.15 tengah hari.

Bacaan yasin dan tahlil ini diketuai oleh Pengarah Agama Markas Tentera Laut, Leftenan Kolonel Ahmad Kamil Abdullah.

Khutbah Khas bertajuk “TLDM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara” disampaikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.

Hadir sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan barisan kepimpinan tertinggi TLDM.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Lakmana Pertama (Kehormat) TLDM yang juga UndangCLuak Johol, Datuk Muhammad Abdullah; Panglima Tentera Laut Ke-16, Laksamana Tan Sri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin; barisan kepimpinan tertinggi TLDM dan 3,000 orang warga TLDM.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini