KUALA LUMPUR: Laporan interim berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak akan disediakan secepat mungkin.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun tidak menetapkan sebarang had masa bagi proses penyediaan laporan berkenaan.
Beliau juga meminta orang ramai tidak menularkan sebarang video berkaitan nahas terbabit sebagai menghormati sensitiviti, terutama keluarga mangsa, selain menasihati supaya tidak mengganggu siasatan kes berkenaan.
“Saya bagi pihak Kementerian Pertahanan secara peribadi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban ketika menjalani raptai sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pagi tadi.
“Kementerian bersetuju menubuhkan lembaga siasatan TLDM bagi kenal pasti punca kejadian, selain saya dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan ke Lumut bagi melihat dan mendapatkan maklumat serta laporan di lokasi kejadian.
“Kita mungkin adakan pertemuan dengan keluarga mangsa yang tinggal di situ, selain beberapa keluarga mangsa yang menetap di Sabah akan dibawa ke Lumut menaiki kapal terbang TUDM,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [KEMASKINI] [VIDEO] Nahas helikopter di Lumut, 10 maut
- Nahas helikopter di Lumut, dipercayai berlanggar di udara
- [VIDEO] Nahas helikopter di Lumut: TLDM sahkan semua 10 mangsa maut
- Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi helikopter Lumut
- Mindef akan nilai semula penganjuran ulang tahun TLDM ke-90
- Nahas helikopter di Lumut: CAAM aktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika KL
- Helikopter terhempas: Identiti 10 mangsa sedang dikenal pasti – Khaled Nordin