KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) memaklumkan jenazah mendiang Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan TLDM dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Sitiawan, Perak sebaik proses bedah siasat selesai petang ini.
TLDM memaklumkan jenazah mendiang akan disemadikan esok.
Manakala, jenazah Mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia anak Rohna akan dibawa pulang ke Serian, Sarawak untuk disemadikan menggunakan pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Pihak pengurusan tertinggi TLDM yang dilantik telah menghubungi waris mangsa melalui unit masing-masing tentang kejadian ini.
TLDM akan terus memberi sokongan dari segi bantuan pengurusan jenazah dan sebarang keperluan daripada pihak waris sebaik mungkin.
Sementara itu jenazah mangsa beragama Islam dibawa ke Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh untuk solat jenazah.
Proses bedah siasat ke atas 10 mangsa tragedi helikopter terhempas ini yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan selesai pada jam 2.20 petang.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Jenazah Komander Muhammad Firdaus akan terus dibawa ke Masjid Jamek Sungai Nibong Besar
- [KEMAS KINI] Helikopter terhempas: Identiti dan wajah 10 mangsa nahas
- Helikopter terhempas: Tujuh mangsa lelaki, tiga wanita dibedah siasat di HRPB – Polis
- Nahas helikopter di Lumut, dipercayai berlanggar di udara
- [VIDEO] Helikopter terhempas: Laporan interim nahas akan disediakan secepat mungkin
- Helikopter terhempas: Sultan Selangor zahir rasa amat sedih, dukacita
- Helikopter terhempas: 21 anggota bomba terbabit dengan operasi mengeluarkan mangsa