LUMUT: Tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak yang mengorbankan 10 orang pagi tadi, turut mencederakan seorang anggota pasukan itu yang berada di lokasi kejadian.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, secara kebetulan ketika kejadian anggota berkenaan sedang berenang di dalam kolam renang, lokasi sebuah helikopter itu terhempas.
“Tiada orang luar mengalami kecederaan, melainkan seorang sahaja yang kebetulan dia sedang berenang di kolam renang tersebut.
“Anggota terbabit terkena serpihan daripada helikopter Fennec tersebut dan mengalami kecederaan ringan. Kebetulan anggota terbabit berada dalam kolam renang ketika kejadian berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media semasa melakukan lawatan ke tempat kejadian, hari ini.
Dalam nahas pagi ini, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.
Nahas jam 9.32 pagi itu membabitkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter Fennec TLDM.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Majlis tahlil, doa ganti sambutan Hari Ulang Tahun Ke-90 TLDM – Khaled Nordin
- Helikopter terhempas: Identiti 10 mangsa disahkan TLDM
- Helikopter terhempas: Tujuh mangsa lelaki, tiga wanita dibedah siasat di HRPB – Polis
- [KEMASKINI] [VIDEO] Nahas helikopter di Lumut, 10 maut
- Nahas helikopter di Lumut, dipercayai berlanggar di udara
- [VIDEO] Nahas helikopter di Lumut: TLDM sahkan semua 10 mangsa maut
- Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi helikopter Lumut
- Mindef akan nilai semula penganjuran ulang tahun TLDM ke-90
- Nahas helikopter di Lumut: CAAM aktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika KL
- Helikopter terhempas: Identiti 10 mangsa sedang dikenal pasti – Khaled Nordin
- [VIDEO] Helikopter terhempas: Laporan interim nahas akan disediakan secepat mungkin
- Helikopter terhempas: Sultan Selangor zahir rasa amat sedih, dukacita
- Helikopter terhempas: 21 anggota bomba terbabit dengan operasi mengeluarkan mangsa