LUMUT: Operasi membantu mangsa tragedi dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pagi tadi, membabitkan 21 anggota bomba dan penyelamat.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 9.50 pagi membabitkan kemalangan helikopter yang berlaku di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
Jurucakapnya berkata, susulan kejadian itu, pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung dan BBP Sitiawan membabitkan 21 anggota digerakkan ke lokasi.
“Sebaik menerima maklumat, pasukan itu digerakkan bersama jentera FRT, kenderaan Unit EMRS, kenderaan utiliti Toyota Hilux dan Perodua Kembara sebaik dihubungi.
“Dalam kejadian itu, ada 2 buah helikopter milik TLDM iaitu M502-6 (FENNEX), dinaiki oleh 3 orang mangsa dan M503-3 (HOM), dinaiki oleh 7 orang mangsa.
“Kesemua mangsa adalah anggota dan pegawai TLDM. Kedua-dua helikopter ini bertembung ketika melakukan latihan penerbangan. Kesemua mangsa terlibat disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM,” katanya.
Jurucakap itu berkata, kerja-kerja untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang terlibat di lokasi kejadian telah dijalankan oleh pasukan bomba sehingga selesai.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [KEMASKINI] [VIDEO] Nahas helikopter di Lumut, 10 maut
- Nahas helikopter di Lumut, dipercayai berlanggar di udara
- [VIDEO] Nahas helikopter di Lumut: TLDM sahkan semua 10 mangsa maut
- Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi helikopter Lumut
- Mindef akan nilai semula penganjuran ulang tahun TLDM ke-90
- Nahas helikopter di Lumut: CAAM aktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika KL
- Helikopter terhempas: Identiti 10 mangsa sedang dikenal pasti – Khaled Nordin
- [VIDEO] Helikopter terhempas: Laporan interim nahas akan disediakan secepat mungkin
- Helikopter terhempas: Sultan Selangor zahir rasa amat sedih, dukacita
- Helikopter terhempas: 21 anggota bomba terbabit dengan operasi mengeluarkan mangsa