comscore
Tumpuan :
Nasional

Helah si pembuli jalan raya, elak jadi mangsa

Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim, Pakar Kriminologi

Oleh Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Menghimpit kenderaan, memotong secara berbahaya, menunjukkan isyarat kasar dan lucah serta berhenti secara mengejut.

Itu adalah antara contoh provokasi dan ragam si pembuli jalan raya yang sering berlaku.

Lebih menggusarkan ada yang sudah berani naik tangan dan menggunakan objek tertentu bertujuan memukul dan merosakkan kenderaan mangsa.

Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata pertambahan kenderaan di jalan raya selain tidak mempunyai tolak ansur menjadi antara punca peningkatan kes berkenaan.

Berdasarkan laporan diterima 60 peratus mangsa buli jalan raya adalah wanita manakala 40 peratus lagi membabitkan golongan muda dan kaum lelaki.

“Kebiasaannya, mangsa-mangsa buli terdiri daripada golongan wanita terutama mereka yang memandu sendirian.

Antara cara mereka memprovokasi mangsa adalah dengan cara menghimpit kereta sama ada dari arah tepi atau belakang. Ada juga juga yang akan yang menekan break kenderaan dengan sengaja bertujuan menghalang kenderaan mangsa bergerak,” katanya.

Beliau berpendapat pemasangan kamera perakam atau ‘dashcam’ di dalam kenderaan adalah tindakan wajar sebagai langkah menyelamatkan diri dan mengenal pasti pembuli sebenar.

“Sekiranya berdepan dengan pembuli jalan raya, jangan endahkan karenah mereka sebaliknya berhenti di lokasi yang mempunyai ramai orang.

“Jangan lupa catat nombor kenderaan pembuli dan terus memandu ke balai polis untuk membuat aduan,” katanya.

Loading...
Terkini