Tumpuan :
Nasional

Harta kekayaan Robert Kuok AS$11.8 bilion

Foto Tan Sri Robert Kuok. – Foto : NSTP

Tan Sri Robert Kuok dengan jumlah kekayaan AS$11.8 bilion kekal sebagai manusia terkaya di Malaysia berdasarkan senarai Forbes 2023.

Mengikut majalah itu, Tan Sri Kuok memperoleh manfaat terbesar dari segi kedudukan dolar pada tahun ini.

Beliau memegang gelaran itu selama lebih suku abad dan adalah satu daripada dua warga Malaysia yang pernah mencapai kekayaan lebih AS$11.8 bilion.

Pengerusi Eksekutif Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga kedua dengan jumlah kekayaan AS$10.2 bilion.

Peneraju perniagaan aluminium terbesar di Asia Tenggara, Tan Sri Koon Poh Keong dan adik-beradiknya di tangga ketiga dengan jumlah kekayaan AS$5.8 bilion susut hampir tujuh peratus daripada AS$6.2 tahun lalu.

Pemilik Maxis, Tan Sri Ananda Krishnan ditangga keempat, AS$5.4 bilion.

Disebalik kejatuhan pasaran saham, jumlah kekayaan 50 individu terkaya Malaysia dalam senarai Forbes itu meningkat kepada AS$81.6 bilion daripada AS$80.5 tahun lalu.

Menurut kenyataan majalah itu lagi, 19 individu dalam senarai berkenaan berjaya meningkatkan kekayaan mereka, manakala hampir separuh lagi dalam kedudukan merosot.

Jumlah minimum kekayaan bersih untuk masuk dalam senarai itu ialah AS$315 juta meningkat daripada AS$255 juta tahun lalu.

Berikut senarai 10 individu terkaya di Malaysia:

1. Tan Sri Robert Kuok                                     AS$11.08 bilion
2. Tan Sri Quek Leng Chan                              AS$10.2 bilion
3. Tan Sri Koon Poh Keong & adik-beradik    AS$5.8 bilion
4. Tan Sri Ananda Krishnan                             AS$5.4 bilion
5. Keluarga Tan Sri Teh Hong Piow                AS$5.2 bilion
6. Datuk Lee Yeow Chor & Yeow Seng          AS$4.6 bilion
7. Tan Sri Dr. Chen Lip Keong                        AS$2.8 bilion
8. Tan Sri Lim Kok Thay                                 AS$2.3 bilion
9. Tan Yu Yeh & Yu Wei                                  AS$1.9 bilion
10. Chia Song Kun                                           AS$1.8 bilion

Loading...
Terkini