Tumpuan :
Nasional

Harimau Malaya lebar rekod kemenangan ke atas Laos

Foto: Facebook Football Association of Malaysia


Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

BANGKOK: Pasukan kebangsaan melepasi ujian pertama dalam aksi persahabatan antarabangsa dengan merakam kemenangan selesa 3-1 mengatasi Laos.

Skuad bimbingan Pau Marti Vicente itu berjaya menidakkan tentangan lawan apabila tampil lebih tajam menjaringkan dua gol di separuh masa kedua.

Malaysia memperoleh jaringan seawal minit (m) ke enam hasil tandukan Harith Haiqal Adam Afkar berpunca dari sepakan penjuru ketika cuaca hujan lebat serta keadaan padang yang ditakungi air.

Namun, kelompongan di bahagian pertahanan sendiri membawa kepada gol penyamaan lawan oleh Kydavone Souvanny m-33.

Kekasaran terhadap pemain negara selepas rehat menyebabkan pengadil menghadiahkan penalti dua kali kepada Malaysia.

Stuart Wilkin dan Sergio Aguero yang mengambil tugasan m-64 dan 83 tidak mensia-siakan peluang keemasan memastikan Harimau Malaya mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam kesemua empat perlawanan terakhir ke atas Laos sejak 2018.

Kejayaan awal di Port Authority of Thailand (PAT) Stadium itu memberikan suntikan moral dan bekalan menghadapi India di Hyderabad dalam aksi persahabatan antarabangsa kedua Isnin ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 
 
 
Loading...
Terkini